REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 29 Februari 2016

Beginilah Akhirnya


BEGINILAH AKHIRNYA

PASIR MAS, KELANTAN: Selalunya, orang-orang tua yang ternyata tidak berdaya menjadi mangsa keadaan. Sepatutnya mereka yang mengalami masalah perlu dibantu dalam banyak segi dalam usaha untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

Tetapi hari ini, masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan hanya dilihat sebelah mata saja. Golongan hartawan dan berada memang ramai, namun sekadar menghulurkannya ke tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan mereka menyedari, pada suatu masa, segala bantuan itu tidak lagi diperlukan.

Ketika ditemui Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamarulbahrin, keadaan seorang penduduk, Ariffin Mat Akid, 80, atau Pak Pin dari Kampung Pangkal Gerap, Kubang Gadong, Pasir Mas, Kelantan sepatutnya dibantu. Sementelah pula beliau baharu saja kematian isterinya dan dia juga mengalami masalah kesihatan apabila turut menerima pembedahan perutnya dan juga kaki kirinya terpaksa dipotong akibat masalah saraf dan kaki yang berair.

Menurut Pak Pin, beliau hanya dibantu oleh keluarganya walaupun hakikatnya keluarga beliau juga memerlukan perbelanjaan keluarga masing-masing. Banyak kali juga beliau memohon bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas, namun segala usahanya gagal. Pihak wakil rakyat bukan saja tidak membantu golongan sepertinya, namun menjenguknya juga tidak. Kini dia tinggal di rumah itu seorang diri yang hanya sekadar menyusur dan menghisut seorang diri disebabkan masalah kakinya itu.

Bagi yang ingin membantu, bolehlah menghubungi talian cucunya: 017-9529570

Ariffin Mat Akid atau Pak Pin.

Pak Pin ketika diwawancara Wartawan HARIAN DETIK.

Kakinya terpaksa dipotong kerana didakwa mengalami masalah saraf dan berair.

Perutnya juga terpaksa dibedah.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN

Isnin, 15 Februari 2016

Anjing Berkeliaran Di La Hot Spring


ANJING BERKELIARAN DI LA HOT SPRING

BESUT, TERENGGANU: Kalau kucing berkeliaran ke sana ke mari, itu perkara biasa kerana kucing boleh disentuh. Selongkar tong sampah, kencing dan melepas merata-rata memang perkara biasa. Tetapi jika anjing dibiarkan berkeliaran memang tidak patut dan dianggap perkara luar biasa.

Seekor anjing bebas merayau-rayau di kawasan umum di Kolam Air Panas (La Hot Spring). Lagak anjing-anjing berkenaan dilihat seperti sedang mencari makanan yang tercicir. Dibimbangkan, anjing-anjing berkenaan kencing dan berak merata-rata. Paling dibimbangi jika anjing-anjing terbabit kencing atau berak dalam air di kolam itu juga siapa tahu?

Adakah anjing berkenaan mempunyai tuan atau pemiliknya? Jika mempunyai tuan, kenapa dibiarkan berkeliaran atau merayau-rayau di kawasan umum.

Dalam hal ini, pihak pengurusan La Hot Spring dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diminta memberikan perhatian dengan segera.


Kelihatan seekor anjing berkeliaran dan merayau di kawasan umum, seolah-olah sedang mencari makanan yang tercicir.

Foto ini dirakam di La Hot Spring, Kampung La, Besut, Terengganu pada 15.2.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH