REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 12 Oktober 2018

Program 10,000 Langkah (15.9.2018)


PROGRAM JALAN KAKI 10,000 LANGKAH

KOTA BHARU, KELANTAN: KRT Lundang dengan kerjasama pihak AJK Masjid Mukim Lundang dan Sekolah Kebangsaan Lundang, Kota Bharu telah mengadakan Program Jalan Kaki 10,000 Langkah pada 15 September, 2018 yang lalu. Program ini turut disertai oleh jemaah masjid berkenaan serta penduduk-penduduk Kampung Lundang dekat sini.

Menariknya, program jalan kaki 10,000 langkah ini bukan sahaja terdiri daripada golongan veteran, pesara kerajaan dan swasta tetapi kanak-kanak juga tidak lepaskan peluang menyertainya, di mana program seumpama ini telah dijadikan aktiviti setiap tahun di Kampung Lundang ini.

Program yang bermula di Masjid Mukim Lundang dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Lundang ini dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu/Pasir Puteh/Bachok JPNIN Negeri Kelantan, Encik Nazri bin Mohamed.

Peserta juga turut diserikan dengan pameran kenderaan pelik yang dipamerkan di padang Sekolah Kebangsaan Lundang, tendangan penalti sebagai perasmian program dan juga cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah.

Program bermula di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu.

Peserta program mendaftar di tempat Urusetia untuk mendapatkan bendera.


Latihan asas sebelum program dimulakan yang dikendalikan oleh bekas tentera.

Gambar kenangan sebelum program jalan kaki bermula.

Penulis juga turut serta dalam program ini.



Walaupun veteran dan pesara, namun mereka masih bertenaga.



Golongan kanak-kanak yang paling gembira dalam program ini.

Program Langkah 10,000 Jalan kaki berakhir di padang Sekolah Kebangsaan Lundang.

Pameran kenderaan pelik turut menyerikan hari program berkenaan.


Penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah mengakhiri program.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH