REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 25 Ogos 2018

Jenayah Di Kota Bharu Membimbangkan


JENAYAH DI KOTA BHARU MEMBIMBANGKAN

KOTA BHARU, KELANTAN: Kejadian jenayah tidak akan dapat dibanteras jika tanpa kerjasama dari masyarakat setempat. Ini kerana, aktiviti jenayah dewasa ini dilakukan secara licik dan kebimbangan masyarakat tentang hal berkenaan menyebabkan ada di kalangan mereka yang bertindak sendiri dan secara melulu.

Walaupun pada hakikatnya pihak polis telah berusaha untuk membendung hal berkenaan, namun tanpa kerjasama pihak penduduk, segalanya tidak akan mampu.

Melihat kepada perkembangan jenayah kini yang agak serius turut mencetuskan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Lundang dengan kerjasama jemaah masjid, penduduk-penduduk Kampung Lundang dengan pihak polis Kota Bharu dalam "Program Polis Bersama Masyarakat" yang diadakan  di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu pada 13 Julai, 2018 yang lalu. Kira-kira 35 anggota polis turut hadir dalam masjid tersebut.

Program seumpama ini yang julung kali diadakan di mukim berkenaan dapatlah dilihat secara dekat tentang peranan pihak polis dalam membendung aktiviti jenayah. Pendekatan seumpama ini juga perlu diadakan supaya masyarakat setempat dapat memahami tentang jenayah yang kini telah meresap ke dalam masyarakat tanpa disedari.

Berucap dalam majlis berkenaan, ASP Hasbullah Noh yang mewakili Ketua Polis Kota Bharu dalam program mengimarahkan masjid merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk, masyarakat dan jemaah Masjid Mukim Lundang yang begitu ramai semata-mata untuk mendengar amanat yang disampaikan pada hari tersebut.

Beliau turut mendedahkan tentang indeks jenayah di daerah Kota Bharu yang menurut kajiannya dalam tempoh dua tahun ada peningkatan pada tahun 2018 berbanding pada tahun 2017.

"Dari 1 Januari, tahun lalu sehingga 12 Julai, 2018, kira-kira 5,000 buah motosikal hilang. Sementara untuk tahun 2018 saja, hampir 600 buah motosikal hilang bermula 1 Januari, 2018 hingga 12.7.2018.

"Bagi kereta pula. Kehilangan kereta pada tahun 2017 adalah kira-kira 300 buah. Sementara bermula 1 Januari, 2018 hingga 12 Julai, 2018, 200 buah kereta didapati hilang".

"Kes rogol juga didapati semakin meningkat, apabila 7 kes dilaporkan tahun lalu (2017). Berbanding 16 kes yang dilaporkan bermula 1 Januari, 2018 hingga 12 Julai, 2018. Kebanyakannya suka sama suka di bawah usia 16 tahun", katanya

ASP Hasbullah Noh ketika memberikan ucapan dan penerangan

AJK Masjid bergambar kenangan dengan anggota polis.




Jemaah masjid, penduduk dan masyarakat Kampung Lundang tekun mendengar ceramah dan penerangan pihak polis.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH