REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 21 Januari 2016

Gangguan Anjing Liar


GANGGUAN ANJING LIAR

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Gangguan anjing liar sering berlaku di lokasi Jalan Hulu Stesen dekat sini dan sekitarnya. Akibat gangguan tersebut boleh menakutkan kanak-kanak dan penduduk yang melalui kawasan terbabit.

Menurut seorang penduduk, Nurul Iyliana Mohd. Shukri, 24, ketika ditemui Wartawan Harian Detik, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamarulbahrin berkata, anjing tersebut sering muncul di kawasan semak berdekatan, mengganggu tong sampah yang diletakkan di kawasan rumah serta tempat longgokan sampah berhampiran.

Anjing-anjing itu menurut Nurul tidak bertambat tetapi mempunyai lesen. Aduan telah dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Namun menurutnya, JPV dikatakan tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan anjing itu mempunyai lesen.

Dalam hal ini, anjing adalah haiwan dan apabila dikatakan haiwan kita tidak pasti ketika mana haiwan itu agresif dan boleh bertindak terhadap orang ramai jika anjing-anjing itu cuba dihalang untuk tidak menyelongkar atau mengganggu tong sampah penduduk. Adalah menjadi tanggungjawab pemilik anjing supaya mangawal anjing-anjing mereka dari bebas dan berkeliaran tanpa kawalan. Pihak JPH juga perlu matang walaupun anjing itu mempunyai lesen. Nanti anda yang kena gigit barulah ingin bertindak.

Nurul Iyliana Mohd. Shukri.

Nurul Iyliana ketika menceritakannya kepada Wartawan Harian Detik.

Anjing-anjing itu berkeliaran dan menyusuri lorong ini.

 Kadang-kadang mengganggu dan menyelongkar tong sampah yang diletakkan di tepi jalan. Anjing ini keluar dari semak yang berhampiran.


 Tempat longgokan dan buangan sampah sering menjadi minat anjing-anjing itu sehingga menakutkan penduduk berhampiran untuk membuang sampah.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN