REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 23 Februari 2015

Kondom Tercicir?



KONDOM TERCICIR?

KOTA BHARU, KELANTAN: Kejadian banjir besar 2014 baru-baru ini adalah salah satu sebab kelalaian dan kejahilan manusia sendiri. Mungkin juga untuk mengukur keimanan kita, sebab dan musabab di sebaliknya yang manusia tidak sedari atau tidak ambil perhatian terhadapnya. Kita bercakap tentang bala dan bencana Allah, namun kita tidak ambil iktibar di sebaliknya.

Misalnya masalah judi dan maksiat adalah penyebab kepada hakikat itu, tetapi kita menafikannya. Lihatlah, selepas banjir besar, kita tidak lihat wujudnya maksiat yang dilakukan secara tersembunyi sedangkan Allah mengetahui di sebaliknya, kita manusia yang dangkal ini tidak ambil kisah tentangnya kerana menganggapkannya tidak ada, kita tutup dari pandangan orang lain dengan mengatakannya "bebas maksiat".

Lihat saja kondom yang dicampak di pusat bandar Kota Bharu ini. Kondom ini masih baharu lagi yang disumbat ke dalam bungkusannya secara tergesa-gesa dan pelakunya mungkin melakukannya secara tergesa-gesa atau mungkin juga tercicir. Jadi, Allah tunjukkan bahawa maksiat memang berlaku secara tersembunyi dengan mempamerkan alat ini dan kecuaian pelakunya. Kondom ini dilihat petang semalam (22.2.2015) tetapi masih belum dibuang sehingga petang hari ini (23.2.2015). 

Kondom yang telah digunakan ini telah ditemui tercicir di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan sejak 22.2.2015 lagi dan masih terjelepuk di kawasan itu sehingga petang 23.2.2015 tanpa diketahui oleh orang ramai yang lalu lalang. Kenapa jadi begitu?



Kondom yang telah digunakan ini disumbat ke dalam bungkusannya.

Foto ini dirakam di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan pada 23.2.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH