REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 15 November 2020

Pantai Tok Bali Kotor


 PANTAI TOK BALI KOTOR

PASIR PUTEH, KELANTAN: Sesebuah pantai itu akan kelihatan menarik mata memandang jika ia sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya. Cacatnya mata memandang apabila sikap dan karenah segelintir di kalangan pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat dan sesuka hati akan memburukkan keadaan pantai itu.
 
Dalam keadaan mana sekalipun, disebabkan pantai tempat tumpuan umum sebagai suatu anugerah dari Allah S.W.T kepada manusia supaya manusia dapat menikmati dan menjaga anugerah dan nikmat-Nya itu sebaik mungkin, adalah wajar atas pantai perlu sentiasa dalam keadaan bersih supaya udara yang dihirup manusia juga dalam keadaan bersih dan nyaman.
 
Kita jangan menganggap bahawa, hanya makanan kesihatan dan ubat-ubatan sahaja yang boleh dijadikan penawar penyakit dengan menafikan keistimewaan pantai sebagai keperluan kesihatan manusia.
 
Tetapi pantai juga alam ciptaan Allah yang terbaik untuk merawat kesihatan manusia melalui udara dan persekitarannya yang harmoni. Allah S.W.T tiupkan udara nyaman dan segar di kawasan itu supaya kalangan manusia dapat bertumpu di situ dan dalam masa yang sama untuk menikmati alam ciptaan Allah ini dan bersyukur dengan kejadian-Nya.
 
Namun, melihatkan pantai-pantai di negara kita khususnya di Kelantan hari ini yang seolah-olah "hidup segan mati tak mahu" kerana kebersihannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, maka adalah sewajarnya ia sentiasa diberikan perhatian.
 
Lihat saja Pantai Tok Bali hari ini apabila difahamkan batang paip untuk menyalurkan gas walaupun telah diganti baharu, namun batang paip gas yang lama masih terdampar di pinggir pantai itu.Apabila ombak besar dan air pasang menggugah pinggir pantai, air yang tidak sempat kering itu akan menjadikan lopak yang loya untuk memandangnya.
 
Sesuatu yang mencacatkan pandangan pula adalah tentang batang paip gas itu yang sepatutnya diuruskan ketika pemasangan batang paip gas yang baharu telah siap itu. Tetapi disebabkan tidak caknanya pihak terbabit, ia masih terperap di situ yang menyebabkan karat pada batang-batang paip gas itu akan merekah lalu memasuki lautan.

Batang paip yang difahamkan untuk menyalurkan gas dibiarkan terbiar merekah dan reput serta keadaan pinggir pantai yang tidak menarik.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 12 November 2020

Penemuan Pantai Baharu


PENEMUAN PANTAI BAHARU

PASIR PUTEH, KELANTAN: Kira-kira 11 buah pantai tersohor dan paling dikenali di kalangan masyarakat Kelantan, malah pengunjung luar Kelantan juga turut berkunjung ke pantai-pantai berkenaan apabila mempunyai ruang masa.

Di antara pantai-pantai tersebut meliputi Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu), Pantai Dasar Sabak (Kota Bharu), Pantai Kundor (Kota Bharu), Pantai Mek Mas (Kota Bharu), Pantai Senok (Kota Bharu), Pantai Sri Tujoh (Tumpat), Pantai Geting (Tumpat), Pantai Irama (Bachok), Pantai Melawi (Bachok), Pantai Bisikan Bayu (Pasir Puteh) serta Pantai Tok Bali (Pasir Puteh).

Kesemua senarai pantai-pantai ini agak tidak selamat untuk tujuan mandi-manda walaupun pantai-pantai berkenaan dikatakan agak menarik sesetengah di kalangan pengunjung selain pantai-pantai tersebut juga yang cacat mata memandangnya kerana dicemari sampah yang dibuang oleh pengunjung yang "gatal tangan".

Namun, terdapat penemuan pantai baharu di mana pantai berkenaan yang masih belum diwartakan namanya yang hanya diberikan nama sendiri oleh penduduk di kawasan terbabit. Pantai yang menjadi sebutan di bibir mulut penduduk yang dimaksudkan dikenali "Pantai Besi Buruk" yang letaknya di Kampung Semerak dekat sini iaitu beberapa meter sahaja dari bangunan PLKN yang telah dirobohkan. Pesisir pantai ini boleh dilalui ke Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Tok Bali.

Sesuatu yang menarik di Pantai Besi Buruk ini ialah ia boleh dijadikan sebagai tempat mandi-manda yang agak selamat kerana pernah beberapa penduduk yang mandi sampai ke tengah pantai itu kerana kedalaman airnya agak cetek berbanding pantai-pantai lain di Kelantan.







Inilah Pantai Besi Buruk yang dicetuskan oleh penduduk setempat di Kampung Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Pantai Bisikan Bayu Berubah Wajah


PANTAI BISIKAN BAYU BERUBAH WAJAH

PASIR PUTEH, KELANTAN: Pantai Bisikan Bayu yang letaknya di daerah Kampung Semerak, Pasir Puteh Kelantan kini telah berubah wajah berikutan pengunjung telah mula membanjiri pantai berkenaan yang asalnya sebuah lokasi perkelahan tersohor sekitar tahun 1970-an dulu.

Menyingkap wajah pantai ini pada tahun 1970-an dulu, ia agak tersohor dan sering menerima pengunjung tanpa mengira masa. Namun, tumpuan paling ramai ke pantai ini adalah pada hari-hari cuti. Pengunjungnya terdiri daripada badan-badan NGO, pelajar sekolah dan juga persatuan penulis.

Selepas itu, pantai ini terus terbiar ibarat "hidup segan mati tak mahu" kerana pengunjung tidak lagi ke pantai ini kerana tiadanya daya tarikan mereka ke sini. Walaupun beberapa tandas, tempat menukar pakaian dan beberapa wakaf rehat dibina, namun kesemua kemudahan asas untuk pengunjung itu akhirnya uzur. Penyebabnya, tandas tidak boleh digunakan kerana ketiadaan air. Manakala keadaan di dalam tandas itu menjadi hancing dan hapak.

Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri perlu melihat hal ini secara lebih dekat dan Belanjawan 2021 perlu disalurkan untuk mencantikkan pantai ini supaya tidak lagi berulangnya "pantai terbiar".



Pantai Bisikan Bayu ini perlu diberikan nafas baru dan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat supaya tidak lagi terus terbiar.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH


 

Papan Tanda Jalan Mengelirukan


 PAPAN TANDA JALAN MENGELIRUKAN

KOTA BHARU, KELANTAN: Papan tanda jalan agak penting sebagai panduan kepada pemandu kenderaan mahupun pelancong luar dari sesuatu tempat dan negeri itu. Jika tulisan pada papan tanda jalan itu jelas dan tepat, nescaya tujuan dan arah tuju ke destinasi yang diinginkan akan lebih cepat sampai.

Namun, jika papan tanda itu salah dan mengelirukan akan menyebabkan laluan berulang untuk memastikan adakah papan tanda yang dimaksudkan itu menghala ke destinasi yang ingin dituju.

Dalam hubungan ini, tulisan pada papan tanda itu hendaklah jelas dan tidak mengelirukan supaya orang ramai yang sedang memandu kenderaan atau pejalan kaki akan memperolehi maklumat dan panduan dari papan tanda itu.

Jika tulisan pada papan tanda itu telah uzur dan tanggal, ia perlulah dibaiki atau diperbetulkan dengan segera supaya arah ke destinasi mencapai tujuannya dengan cepat dan pantas.

Tetapi melihatkan suatu papan tanda di Berek 12, Kota Bharu, Kelantan ini yang tertera "Persimpangan Bepek 12" adalah mengelirukan kerana sepatutnya huruf "R" tertera di papan tanda itu. Namun, akibat telah tertanggal ia bertukar kepada huruf "P". Justeru, pengguna jalan raya yang peka dan prihatian akan dapat mengesan tentang kesalahan dan kekeliruan itu.

Justeru dalam hubungan ini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memperbetulkan papan tanda yang didapati telah mengelirukan itu dengan segera.

Papan tanda ini sepatutnya "Persimpangan Berek 12" dan bukannya "Persimpangan Bepek 12", mengelirukan dan perlu diubah dengan segera.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD.SALLEH

Selasa, 11 Februari 2020

Barangan Elektrik Tidak Bermutu


BARANGAN ELEKTRIK TIDAK BERMUTU

BENARKAH  alat soket elektrik buatan Malaysia tidak bermutu? Sedangkan alatan berkenaan telah mendapat pengesahan SIRIM yang mungkin telah diuji. Pelekat SIRIM tidak boleh ditampal dengan sewenang-wenangya jika pihak SIRIM tidak mengesahkannya untuk dijual di pasaran.

Tetapi melihatkan ada soket elektrik ini yang didapati cair apabila digunakan, sudah tentu ia dihasilkan dari barangan yang bukan sahaja bermutu rendah tetapi tidak bermutu.

Selama ini kita menyalahkan barangan dari China dan Taiwan yang dikatakan bermutu rendah kerana cepat rosak. Namun, apa pula dengan barangan buatan Malaysia yang juga mudah rosak.

Penghasilan barangan elektrik yang cepat rosak ini boleh membahayakan penggunanya kerana ia boleh menyebabkan perkakasan elektrik lain turut rosak selain mengundang kebakaran yang lebih besar.

Pihak SIRIM perlu melihat perkara ini secara lebih berhemah dalam mengesahkan barangan elektrik yang dijual di pasaran betul-betul berkualiti dan bukannya berkualiti rendah atau tidak berkualiti.

Soket elektrik menjadi cair.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH