REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 29 Oktober 2016

Pantai Puteri (Melaka)


PANTAI PUTERI
(MELAKA)

MELAKA: Pantai yang cantik dan tenang mata memandang memang menjadi harapan setiap pengunjung untuk berlibur dan bersantai di situ. Selain bebas dari masalah buangan sampah yang akan mencemarkan persekitarannya apatah lagi akan mencemarkan imej pantai terbabit di kalangan pelancong yang pastinya akan menganggap kerajaan di negeri terbabit dianggap tidak berjaya menyelesaikan isu itu dan tidur.

Tetapi berbeza pula dengan beberapa pantai yang dikunjungi Wartawan HARIAN DETIK seperti Pantai Puteri yang letaknya di Tanjung Keling, Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Kecantikan pantai itu amat jelas dari pembentukan pasirnya yang kelihatan jelas. Sebabnya, kawasan persekitarannya sentiasa diberikan perhatian apabila beberapa orang tukang sapu yang cuba membersihkan ranting, bunga-bunga kering dan daun gugur.

Sememangnya, pantai sentiasa perlu diberikan perhatian dan sewajarnya perlu dibersihkan dari sebarang kotoran supaya kelihatannya "indah pandangan".

Hal seumpama ini sepatutnya dicontohi pantai-pantai di Negeri Kelantan yang pada masa dulu dianggap tersohor seperti Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu), Pantai Dasar Sabak (Kota Bharu), Pantai Senok (Bachok), Pantai Melawi (Bachok), Pantai Irama (Bachok) dan Pantai Bisikan Bayu (Pasir Puteh) yang kini tidak diberikan penjagaan yang sewajarnya, akibatnya pengunjung dengan mudah membuang sampah dengan sewenang-wenangnya sehingga mencacatkan pandangan dan imej pantai-pantai tersebut.



Pantai perlu sentiasa dibersihkan supaya kelihatan "indah pandangan".

Foto ini dirakam pada 24.10.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Lokasi Anjing Berpeleseran


LOKASI ANJING BERPELESERAN

NEGERI SEMBILAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Seremban sepatutnya membuat pemantauan terhadap beberapa ekor anjing yang berkeliaran dan menjolok mata di kawasan restoran dan kedai makan orang-orang Islam di kawasan Taman Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Melihatkan tubuh anjing yang sering menggaru-garu tubuhnya yang gatal saja sudah memualkan, apatah lagi ketika pelanggan di restoran berhampiran sedang makan.

Dibimbangkan, jika tiada tindakan diambil, anjing-anjing itu akan menjadikan kawasan itu sebagai tempat berpeleseran yang bukan saja menjelekkan tetapi pastinya akan menyusahkan pemilik restoran dan kedai makan di kawasan itu.

Anjing-anjing ini bukan sahaja berpeleseran tetapi juga menggaru gatal dan tidur di kaki lima bangunan.

Foto ini dirakam pada 20.10.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH