REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 29 Julai 2014

Lembu Oh! Lembu


LEMBU OH! LEMBU

MACHANG, KELANTAN: Bukan manusia saja yang suka merempit tanpa memakai topi keledar malah memandu agak laju supaya dianggap "jaguh" jalan raya yang tentunya mengganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Namun, haiwan juga suka merempit dan berfoya-foya di jalan raya apabila tali yang membungkas leher haiwan itu tidak dipasang atau ditambat sebagaimana yang sepatutnya sebagai "haiwan". Lazimnya, dalam keadaan jalan raya, lembulah yang sering mengganggu, boleh mengancam dan membahayakan pengguna jalan raya dan pemandu kenderaan lain untuk memandu dalam keadaan tenteram dan selesa.

Walau bagaimanapun, untuk menyalahkan lembu amat tidak wajar kerana haiwan berkenaan tidak boleh berfikir. Hanya pemilik lembu itu yang mampu untuk berfikir, apakah haiwannya itu membahayakan orang lain atau tidak, sudah ditambat atau sebaliknya. Jika pemilik haiwan berkenaan tidak dapat berfikir tentang tanggungjawabnya untuk mengawal dan menambat lembu-lembu milik masing-masing, faham-fahamlah pemiliknya itu patut dianggap seperti haiwan itu "lembu".
 

Lembu-lembu dibiarkan bebas berkeliaran di jalanan tanpa ditambat.

Foto ini dirakam di Kampung Joh, Machang, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Bahana Buang Sampah


BAHANA BUANG SAMPAH

MACHANG, KELANTAN: Membicarakan tentang sampah, cerita tentangnya tidak akan berakhir selagi ada sampah dan selagi manusia menghasilkan bahan buangan berkenaan. Sampah akan tetap menjadi sampah apabila manusia menghasilkan sampah yang akhirnya dibakul sampahkan.

Sikap terpuji dan berhemah apabila sampah dibuang ke tempat yang dikhaskan seperti tong sampah, sebaliknya jika gemar membuang dan mencampakkannya dari kenderaan, tentunya sampah yang dibuang itu pasti akan tergolek dari tong sampah itu. Apabila tergolek dari tong, tentunya akan bertaburan dipijak kenderaan yang lalu lalang. Sudahnya, menjadi habuan haiwan yang gemarkan makanan yang masih berbaki di dalam bungkusan sampah itu.

Akibatnya, jalan raya juga menjadi sampah dan tentulah baunya agak busuk. Walaupun agak busuk, haiwan menganggapnya sebagai makanan mereka, kalau tidak kucing, anjing, lembu, kambing dan ayam, spesis monyet juga tumpang sekaki untuk mendapatkan sisa makanan dari bungkusan yang tergolek dari tong sampah itu.
 

 Spesis monyet juga gemarkan sampah kerana kandungan di dalam bungkusan sampah adalah sisa makanan dan minuman.
 
Foto sampah ini dirakam di laluan Kampung Joh, Machang, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Nahas Jalan Raya


NAHAS JALAN RAYA

MACHANG, KELANTAN: Kejadian nahas jalan raya kerap berlaku setiap kali musim perayaan. Beberapa sebab yang dikenalpasti ialah memandu laju, memotong di garisan berkembar, cuai dan tidak mempedulikan hal orang lain asalkan diri sendiri yang ingin cepat sampai.

Tabiat gemar memandu secara berhimpit-himpit juga dianggap punca sehingga berlakunya kejadian nahas. Hal seumpama ini sering berlaku di mana-mana saja jika tidak dapat mengawal sikap diri sendiri sehingga mencetuskan kejadian berkenaan.

Begitulah halnya kejadian nahas yang berlaku di Kampung Pangkal Meleret, Machang, Kelantan apabila sebuah motosikal bertembung dengan Perodua Kancil ketika keadaan jalan penuh sesak.
 

Pihak polis terpaksa mengawal keadaan akibat nahas itu.
 
Foto ini dirakam di Kampung Pangkal Meleret, Machang, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 28 Julai 2014

Taman Bentara


TAMAN BENTARA

TANAH MERAH, KELANTAN: Taman Bentara yang letaknya di tengah-tengah bandar Tanah Merah, Kelantan pernah kami paparkan dalam majalah RELATIF, JENDELA ALAM dan DESTINASI tentang keindahan taman ini di mata khalayak pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang ramai.

Siapa sangka, taman rekreasi yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah ini pada masa dulu masih dalam projek pengubahsuaian kini menjanjikan kenyamanan apabila banyak pokok ditanam, papan tanda amaran dan pelbagai kemudahan lain turut diwujudkan bagi keselesaan pengunjung. Apabila banyaknya pokok ditanam, secara tidak langsung menjadi kegemaran bayu berpuput lembut ke taman ini dan pengunjung akan dapat menghirup udaranya yang segar walaupun letaknya di tengah-tengah kesibukan bandar dan deruan enjin kenderaan yang tentunya melemaskan udara.


Taman Bentara semakin gah dan semakin cantik dengan beberapa pengubahsuaian di beberapa bahagian dan halaman dalam taman berkenaan yang tentunya menjadi minat dan tarikan pengunjung. Sewaktu HARIAN DETIK merakamkan foto di taman berkenaan juga, terdapat sejumlah pengunjung membanjiri Taman Bentara ini semata-mata untuk berehat dari panas terik mentari, secara tidak langsung merendahkan tekanan.






Foto ini dirakam di Taman Bentara, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM


Bazar Ramadan Bandar Baru Tanah Merah


BAZAR RAMADAN BANDAR BARU TANAH MERAH

TANAH MERAH, KELANTAN: Jika dibandingkan dengan lain-lain kawasan yang mewujudkan bazar Ramadan di negeri ini, Bazar Ramadan Bandar Baru Tanah Merah yang menampilkan kelainan dari pelbagai sudut.

Dari tinjuan HARIAN DETIK, lazimnya apabila dikatakan bazar Ramadan hanya yang boleh diperolehi adalah barangan yang bersabitkan dengan makanan dan minuman sahaja. Namun, amat berbeza dengan bazar ramadan di Bandar Baru Tanah Merah ini apabila menjanjikan pelbagai barangan seperti pakaian, songkok, peralatan dapur dan sebagainya.

Dalam konteks ini, bukan sahaja memudahkan pengguna untuk membeli barangan yang tidak bersabitkan dengan makanan dan minuman dan pastinya pembeli tidak akan ke tempat lain untuk mendapatkan barangan yang dihajatkan, semuanya ada di bazar ramadan berkenaan.







Foto ini dirakam di Taman Harmoni, Bandar Baru Tanah Merah, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Rezeki Nira Kelapa


REZEKI NIRA KELAPA

TANAH MERAH, KELANTAN: Masyarakat Kelantan mendefinisikan, air tuak itu adalah "air nira" juga antara ramai penggemarnya, kerana penggemarnya menganggapkan air tuak itu lazat.

Gerai Air Tuak Pokmee misalnya, menjadi rutin harian penggemar air nira itu kerana menganggapkan Pokmee mahir dalam menghasilkan air nira tersebut. Malah, tidak ketinggalan Pokmee turut menjual air kelapa muda antara salah satu produk yang mendapat perhatian pembeli di laluan berkenaan.
 



Foto ini dirakam di gerai air tuak Pokmee, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Rezeki Dari Murtabak


REZEKI DARI MURTABAK

TANAH MERAH, KELANTAN: Makanan yang menjadi kegemaran pembeli boleh diperolehi di Tanah Merah. Mereka juga ahli dalam bidang masing-masing. Selain lain, anda akan menemui pakar dalam membuat murtabak yang agak lazat.
 
Lazimnya di Kota Bharu, terdapat juga ahli dalam menghasilkan murtabak tetapi bezanya agak kecil jika dibandingkan dengan murtabak di Tanah Merah. Salah seorang peniaga berkenaan, Kak Yah Murtabak turut menghasilkan makanan kegemaran pengunjung di gerainya yang terletak di laluan utama di Kampung Tepi Sungai dekat sini.
 


Foto ini dirakam di gerai murtabak Kak Yah, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Rezeki Dari Lemang


REZEKI DARI LEMANG

TANAH MERAH, KELANTAN: Di Kelantan, amat sukar untuk menikmati kelazatan lemang, bagi segelintir penggemarnya. Ini kerana, lazimnya lemang ini banyak dijual di Setiu, Terengganu.

Walau bagaimanapun, kini kesukaran untuk menikmati juadah lemang tidak perlu dirisaukan lagi berikutan lemang yang dimaksudkan boleh diperolehi dengan mudah di Tanah Merah, Kelantan. Apabila anda melalui laluan umum di Kampung Tepi Sungai itu, anda akan dapat melihat ramai peniaga lemang sedang asyik membakar lemang dan sementara lemang itu masak sepenuhnya, mereka juga menunggu pelanggan yang akan singgah membeli di gerai mereka.

Boleh dikatakan, setiap kali Ramadan menjelma, akan ada kelibat penjual, gerai-gerai dan beberapa batang buluh untuk membuat lemang di kampung berkenaan.



Salah seorang pelanggan singgah untuk membeli lemang di sebuah gerai di laluan berkenaan.

Foto ini dirakam di Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.
 
 Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Ahad, 27 Julai 2014

Rezeki Tukang Gunting


REZEKI TUKANG GUNTING

PASIR MAS, KELANTAN: Tukang gunting juga begitu laris menerima pelanggan dan sememangnya. Binalah pondok atau kedai kecil-kecilan sekalipun, pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat tukang-tukang gunting akan mencari mereka walaupun di kampung-kampung, bukan sahaja di bandar-bandar.
 
Paling penting adalah usaha ke arah itu seperti kata pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Cuma yang berbeza dari segi bayaran khidmat amat berbeza di antara sebuah tempat dengan tempat yang lain, antara kampung dan bandar.

Namun, sebagai tukang gunting apabila dapat menyelesaikan tugas dan pelanggan berpuas hati khidmat yang diberikan itu adalah satu "kepuasan" kepada tukang-tukang gunting sekalipun bayaran yang dikenakan itu agak terlalu rendah.


Foto ini dirakam di Kampung To' Uban, Pasir Mas, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Rezeki Di Mana-Mana


REZEKI DI MANA-MANA

PASIR MAS, KELANTAN: Rezeki itu ada di mana-mana asalkan kita sanggup untuk berusaha ke arahnya. Bagi peniaga yang sudah mengenali di bidangnya sudah sedia maklum tentangnya dan pelanggan pula sudah tentu akan memilih barangan yang akan dibeli itu menurut kehendak masing-masing. Usahakanlah apa sahaja yang mendatangkan sumber dan rezeki yang halal dan baik kerana ada keberkatan di sebaliknya bagi yang jujur.

 
Foto ini dirakam di Kampung To' Uban, Pasir Mas, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Sekadar Cari Rezeki


SEKADAR CARI REZEKI

PASIR MAS, KELANTAN: Orang yang tidak ingin dianggap sebagai pengemis yang tentunya memalukan dirinya dan keluarganya, akan berusaha untuk mencari rezeki halal, usia bukan ukurannya.

Lihatlah pakcik dalam foto ini, usianya yang sudah lanjut itu sepatutnya dibantu oleh anak-anak dan cucunya, namun beliau sanggup menunggu hingga HARIAN DETIK memerhatikannya kadang-kadang tertidur ketika menunggu pelanggan untuk membeli rambutan yang dipamerkannya di tepi laluan umum Pasir Mas - Tanah Merah, Kelantan itu.


Foto ini dirakam di Kampung To' Uban, Pasir Mas, Kelantan pada 26.7.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Sabtu, 26 Julai 2014

Sampah Naik Kereta


SAMPAH NAIK KERETA

KOTA BHARU, KELANTAN: Pembuangan sampah sepatutnya secara berhemah untuk mengelakkan sisa buangan itu tidak bertaburan di jalanan. Namun, bagi yang tidak berhemah, mereka membuang sampah dengan meletakkannya di atas kenderaan.

Akibatnya, sampah itu akan melantun dari kenderaan yang akhirnya bertaburan. Sikap seumpama ini ibarat "melepaskan batuk di tangga" yang menyebabkan pencemaran dan bau yang busuk.
 

Beginilah keadaan sampah yang diletakkan di atas kenderaan, bertaburan di jalanan sedangkan belum lagi tiba di tempat tong sampah.

Foto ini dirakam di Jalan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan pada 22.7.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 25 Julai 2014

Tong Sampah Tepi Jalan


TONG SAMPAH TEPI JALAN

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Bagaimana sampah pergi kalau tidak ke dalam tong. Tetapi berbeza dengan versi ini, apabila sampah hanya dilonggok dan dicampakkan di tepi-tepi jalan sahaja.

Hakikatnya, sampah tidak salah kerana sifatnya sememangnya sampah. Tetapi yang salahnya orang yang melonggok dan membuang sampah, apatah lagi mencampakkan sampah sesuka hati bukannya di tempat membuang sampah. Lihatlah sampah yang dicampakkan di tepi jalan ini yang akhirnya bertaburan diterbangkan angin atau diganggu kacau haiwan ternakan nanti.
 

 
Foto ini dirakam di Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan pada 19.7.2014.
 
 Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Rezeki Air Nira


REZEKI AIR NIRA

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Dewasa ini, amat jarang kanak-kanak yang berani berhadapan dengan orang ramai dalam konteks mencari wang saku sendiri sebagai bekalan perbelanjaan dan simpanan sendiri. Ini kerana, lazimnya kanak-kanak dalam usia 10 tahun, pastinya mereka akan berasa segan dan malu untuk berbuat demikian dan akhirnya mereka sanggup membuang masa tanpa melakukan apa-apa kerja apatah lagi untuk membantu keluarga.


Namun, melihatkan seorang kanak-kanak berkenaan yang sanggup berniaga air nira kelapa secara kecil-kecilan di tepi laluan umum menandakan dia tidak hairan dengan masalah tersebut asalkan dapat berusaha dan dapat mengumpul wang saku sendiri, dapat pula membantu keluarga yang amat memerlukan sumber kewangan yang mendesak dan dalam masa yang sama dapatlah beliau berbelanja untuk keperluan persekolahannya nanti tanpa membebankan kedua orang tuanya.

Usahanya itu yang terpaksa berpanas terik sepatutnya dipuji kerana beliau sepatutnya tidak dibebankan sebagaimana yang dialaminya itu. Namun, atas sifat keprihatinannya terhadap ibu dan bapanya, beliau sanggup berbuat demikian asalkan kedua orang tuanya dapat menumpukan kepada kerja-kerja yang lain.







Lihatlah seronoknya adik ini dapat menjalankan bisnes kecil-kecilan "air nira" seorang diri.

Foto ini dirakam di laluan umum Lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas, Kelantan pada 19.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Khamis, 24 Julai 2014

Projek Rumah Terbengkalai


PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Banyak rumah di negeri ini yang ditakrifkan tidak siap sepenuhnya yang disifatkan sebagai "rumah terbengkalai", yang mungkin disebabkan oleh pelbagai masalah tertentu dihadapi oleh pemaju itu. Tetapi perlu diketahui, rumah terbengkalai memungkinkan bahaya, salah satunya dibimbangkan menjadi sarang penagihan "najis dadah" dan aktiviti tidak sihat yang lain.

Adalah sebaiknya apabila rumah terbengkalai yang tidak digunakan itu dirobohkan untuk mengelakkan sesuatu kejadian maksiat berlaku di rumah terbiar itu. Bahkan, jika ingin diteruskan juga, berusahalah untuk mendapatkan dana supaya dapat menyambung projek terbengkalai itu.



Foto ini dirakam di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan pada 19.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM