SEMBURAN ASAP: CEGAH DENGGI
KOTA
BHARU, KELANTAN: Pihak Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat
Kesihatan Kota Bharu semakin kerap melakukan semburan asap dalam usaha
mencegah wabak denggi yang disebabkan "nyamuk aedes".
Petang 14.7.2014 lalu, beberapa kawasan di Kampung
Paya Senang, Jalan Tengku Mohd. Ma'asum, Belakang S.I.C dan Kampung
Bawah Lembah dekat sini adalah kawasan sasaran semburan asap tersebut.
Walau bagaimanapun, kerjasama orang ramai di kalangan penduduk setempat
amat diperlukan, malahan Notis Pemberitahuan Semburan sudah diedarkan
kepada pemilik kediaman tentang aktiviti berkenaan.
Namun, terdapat juga
di kalangan orang ramai yang agak liat dan tidak mempedulikan aktiviti yang akan
dijalankan itu, sedangkan pihak berkenaan beria-ia ingin mencegah
permasalahan nyamuk itu yang berpunca dari tabiat dan sikap manusia
sendiri.
Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 14.7.2014.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan