BAZAR RAMADAN BANDAR BARU TANAH MERAH
TANAH
MERAH, KELANTAN: Jika dibandingkan dengan lain-lain kawasan yang mewujudkan bazar Ramadan di negeri ini, Bazar Ramadan Bandar Baru Tanah Merah yang menampilkan kelainan dari pelbagai sudut.
Dari tinjuan HARIAN DETIK, lazimnya apabila dikatakan bazar Ramadan hanya yang boleh diperolehi adalah barangan yang bersabitkan dengan makanan dan minuman sahaja. Namun, amat berbeza dengan bazar ramadan di Bandar Baru Tanah Merah ini apabila menjanjikan pelbagai barangan seperti pakaian, songkok, peralatan dapur dan sebagainya.
Dalam konteks ini, bukan sahaja memudahkan pengguna untuk membeli barangan yang tidak bersabitkan dengan makanan dan minuman dan pastinya pembeli tidak akan ke tempat lain untuk mendapatkan barangan yang dihajatkan, semuanya ada di bazar ramadan berkenaan.
Foto ini dirakam di Taman Harmoni, Bandar Baru Tanah Merah, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan