REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 21 Julai 2014

Cintai Bahasa Melayu


CINTAI BAHASA MELAYU

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Kalau anda berkunjung ke Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang, Kelantan, pastinya pengunjung akan dapat melihat tugu atau batu asas bertulis "This Is Rantau Panjang" yang dihasilkan oleh pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

Batu asas itu, mungkin baharu disempurnakan di laluan itu sebagai pintu masuk ke zon bebas cukai berkenaan. Sebelum ini, batu asas itu tiada di situ.

Persoalannya, kenapa perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris? Tidak sesuaikah jika ditulis dalam Bahasa Melayu, kononnya jika bertulisan bahasa Melayu pelancong asing tidak faham tentangnya. Pelancong asing bukan ingin melihat tugu atau batu asas.



Foto ini dirakam di Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang, Kelantan pada 19.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan