REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 11 Julai 2014

Premis Berkulat


PREMIS UZUR DAN BERKULAT

KOTA BHARU, KELANTAN: Pemilik premis sepatutnya cakna untuk mengecat dengan warna yang baru malah tidak membiarkannya untuk ditonton orang ramai yang keadaannya agak uzur, buruk dan ditumbuhi kulat. Ini kerana, premis yang dimaksudkan bukan sahaja sering disaksikan oleh warga tempatan, namun pelancong asing juga tidak ketinggalan. Malah mereka beberapa kali turut merakam premis yang dimaksudkan itu kerana dianggap terlalu buruk dan berkulat. Hal seumpama ini akan menggambarkan tentang sikap negeri Kelantan apatah lagi terhadap rakyatnya.
 
Inilah kelemahan pemilik premis di negeri ini yang tidak memberikan perhatian terhadap bangunan milik mereka asalkan mendapat bayaran sewa bulanan. Dibimbangkan sikap kita itu menjadi perhatian pihak luar tentang minda masyarakat Islam sebelah sini.
 
Salah sebuah premis berkulat di Jalan Maju.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan