REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 28 Julai 2014

Taman Bentara


TAMAN BENTARA

TANAH MERAH, KELANTAN: Taman Bentara yang letaknya di tengah-tengah bandar Tanah Merah, Kelantan pernah kami paparkan dalam majalah RELATIF, JENDELA ALAM dan DESTINASI tentang keindahan taman ini di mata khalayak pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang ramai.

Siapa sangka, taman rekreasi yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah ini pada masa dulu masih dalam projek pengubahsuaian kini menjanjikan kenyamanan apabila banyak pokok ditanam, papan tanda amaran dan pelbagai kemudahan lain turut diwujudkan bagi keselesaan pengunjung. Apabila banyaknya pokok ditanam, secara tidak langsung menjadi kegemaran bayu berpuput lembut ke taman ini dan pengunjung akan dapat menghirup udaranya yang segar walaupun letaknya di tengah-tengah kesibukan bandar dan deruan enjin kenderaan yang tentunya melemaskan udara.


Taman Bentara semakin gah dan semakin cantik dengan beberapa pengubahsuaian di beberapa bahagian dan halaman dalam taman berkenaan yang tentunya menjadi minat dan tarikan pengunjung. Sewaktu HARIAN DETIK merakamkan foto di taman berkenaan juga, terdapat sejumlah pengunjung membanjiri Taman Bentara ini semata-mata untuk berehat dari panas terik mentari, secara tidak langsung merendahkan tekanan.






Foto ini dirakam di Taman Bentara, Tanah Merah, Kelantan pada 26.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan