KHURMA HILANG!
KOTA BHARU, KELANTAN: Khurma, pokok yang hidup subur di padang pasir di Timur Tengah juga hidup subur apabila khurma berkenaan yang ditanam di Bulatan Tuan Padang sejak lapan tahun lalu mula berbuah bulan Februari 2014 yang lalu. Namun, khurma berkenaan mula menampakkan hasil yang boleh diharapkan di awal bulan Jun 2014 dan buahnya semakin mekar ranum di tangkainya sejak bulan Julai 2014 lalu. Khurma berkenaan dijangka masak akhir bulan Ogos 2014 ini nanti.
Walau bagaimanapun, sebelum bulan Ramadan lalu, khurma tersebut begitu semakin cantik berbuah dan kerananya pengunjung dari dalam dan luar Kelantan tidak putus-putus bergambar kenangan sambil mendakap pokok atau bergambar bersebelahan pokok khurma itu. Namun, satu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku. Ini kerana, pada 13 Julai, 2014 lalu buah khurma itu masih ranum di tangkainya. Tetapi tengah hari 14.7.2014, khurma yang setia di tangkainya itu tiba-tiba hilang.
Ke manakah perginya buah-buah khurma itu?
Risik dari beberapa kenalan, difahamkan buah khurma berkenaan mungkin
disonglap "penyamun tarbus" jam 2.00 pagi. Amat dikesalkan, ada juga yang sanggup dan gatal tangan mencuri buah khurma itu.
Foto ini dirakam di Taman Khurma, Bulatan Tuan Padang, Kota Bharu, Kelantan pada 14.7.2014.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan