PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
RANTAU PANJANG, KELANTAN: Banyak rumah di
negeri ini yang ditakrifkan tidak siap sepenuhnya yang disifatkan
sebagai "rumah terbengkalai", yang mungkin disebabkan oleh pelbagai
masalah tertentu dihadapi oleh pemaju itu. Tetapi perlu diketahui, rumah terbengkalai memungkinkan
bahaya, salah satunya dibimbangkan menjadi sarang penagihan "najis
dadah" dan aktiviti tidak sihat yang lain.
Adalah sebaiknya apabila rumah terbengkalai yang tidak digunakan itu dirobohkan untuk mengelakkan sesuatu kejadian maksiat berlaku di rumah terbiar itu. Bahkan, jika ingin diteruskan juga, berusahalah untuk mendapatkan dana supaya dapat menyambung projek terbengkalai itu.
Foto ini dirakam di Kampung
Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan pada 19.7.2014.
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan