PAPAN TANDA CACAT
PASIR MAS, KELANTAN: Papan tanda di Kampung
Mundok (negeri Kelantan yang bersempadan dengan Tak Bai, Thailand)
adalah papan tanda yang agak lama usianya dipasang di situ. Banyak huruf
yang telah tertanggal dek dimamah masa, ditimpa panas dan
hujan silih berganti. Papan tanda itu perlu diganti baru.
Pihak
terlibat seperti Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) serta Jabatan Imigresen
perlu cakna. Disebabkan papan tandanya yang telah cacat kerana huruf dan perkataannya telah tertanggal itu, orang
ramai tidak segan-segan menyeberang pengkalan berkenaan yang diwartakan
sebagai Pengkalan Haram.
Foto ini dirakam di Mundok, Pasir Mas, Kelantan (negeri bersempadan dengan Tak Bai, Thailand) pada 19.7.2014.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan