DERITA PALESTIN
KOTA
BHARU, KELANTAN: Masjid Lundang dekat sini telah melancarkan kutipan Tabung Palestin pada 11 Julai, 2014. Dalam masa yang sama juga, pihak berkenaan turut mengundang wakil Palestin, Sheikh Abdul Qadir Jailani untuk menyampaikan ceramah tentang perkembangan terkini di Semenanjung Gaza berhubung dengan kerakusan dan kekejaman pihak Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Walau bagaimanapun, beliau menggambarkan Israel juga dianggap penakut apabila kira-kira 5 juta rakyatnya bersembunyi di dalam tanah yang digali khas untuk melindungi dari serangan tentera Mujahidin Islam di sana. Tentera Israel juga cuba menyakitkan hati umat-umat Islam apabila melakukan serangan dan bedilan ke penempatan Palestin yang sedang menjalani ibadah puasa.
Sebahagian jemaah Masjid Lundang sedang tekun mendengar ceramah.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan