REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 27 Februari 2013

Parkir Salah


PARKIR SALAH

KOTA BHARU, KELANTAN:  SIKAP pemilik kenderaan yang tidak cakna akan menyebabkan lalu lintas jalan menjadi sesak bahkan kerana mereka juga menyebabkan pihak lain menjadi susah terutamanya berhubung dengan parkir kenderaan.

Di pusat bandar Kota Bharu khususnya di kawasan laluan "jalan protokol" seperti di Jalan Doktor sering berlaku kesesakan jalan raya. Bukan sahaja penyebab utamanya jalan berkenaan kini telah menjadi sempit berikutan pembinaan ruang "pejalan kaki". Sebaliknya, masalah utamanya ialah pemilik kenderaan suka parkir kenderaan mereka dengan sewenang-wenangnya.

Salah satu kawasan parkir yang menjadi tumpuan segelintir pemandu kenderaan meletakkan kenderaan mereka ialah di atas petak parkir yang dikhususkan untuk motosikal yang terletak di Jalan Doktor dekat sini. Agak tidak munasabah jika dikatakan pemilik atau pemandu kenderaan berkenaan tidak nampak garisan atau petak parkir motosikal tersebut, sebaliknya disebabkan sikap mereka yang terlalu gelojoh akan menyebabkan orang lain menjadi susah.


Pemilik kenderaan gemar parkir kenderaan mereka di atas petak parkir motosikal ini.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 26.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan