REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 6 September 2022

Fun Walk Merdeka 31.8.2022

FUN WALK MERDEKA 31.8.2022

KOTA BHARU, KELANTAN: Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ke-65 bertemakan "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" satu "Program 10,000 Langkah" atau Fun Walk Merdeka Lundang Sejahtera telah berjaya dilangsungkan pada pagi Hari Kemerdekaan 31 Ogos, 2022 baru-baru ini.

Program anjuran bersama Masjid Mukim Lundang, Kawasan Rukun Tetangga (RKT) Lundang serta PASTI Ar-Raudhah Lundang diadakan bermula jam 8.00 pagi dengan sessi pendaftaran peserta di perkarangan Masjid Mukim Lundang diikuti senaman ringan, doa serta acara jalan kaki.

Program 10,000 langkah ini bermula di perkarangan Masjid Mukim Lundang dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Lundang, Kota Bharu dengan acara cabutan bertuah, sukaneka, ucapan kemerdekaan serta laungan "Merdeka!".

Turut memberikan ucapan pada pagi 31 Ogos, 2022 itu ialah Wakil DUN Bunut Payong, Wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lundang, Profesor Dr. Kolonel Fauzi serta Wakil Masjid Mukim Lundang, Hj. Nasir Ibrahim.

Sesuatu yang menarik tentang sambutan hari kemerdekaan tahun 2022 ini ialah apabila ramainya sokongan dari kalangan penduduk-penduduk Kg. Lundang, jemaah Masjid yang terdiri dari kalangan warga emas, remaja serta kanak-kanak.

Program 10,000 Langkah bermula di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu ini.




Peserta 10,000 Langkah mendaftar untuk turut serta dalam Fun Walk Merdeka 31.8.2022.







Acara "Senaman Ringan" sebelum Program 10,000 Langkah bermula.
 
Doa dan Amin disampaikan oleh Ustaz Khairul Amilin Hassan.
 
Wartawan REAKTIF turut serta dalam 'Program 10,000 Langkah" ini.








Peserta berhenti sebentar di sebuah gerai penaja untuk mendapatkan makanan dan minuman.



Paling menarik, selain orang-orang dewasa yang merupakan penduduk Kg. Lundang dan jemaah Masjid Mukim Lundang, golongan remaja dan kanak-kanaklah yang paling ramai menyertainya.
 
Ucapan Wakil Kawasan Rukun Tetangga (RKT) Lundang, Profesor Dr. Kolonel Fauzi.
 
Ucapan Wakil DUN Bunut Payong.
 
Ucapan Wakil Masjid Mukim Lundang, Hj. Nasir Ibrahim.
 
 



Program berakhir di Sekolah Kebangsaan Lundang dengan acara Sukaneka, Cabutan Bertuah, Ucapan Kemerdekaan dan Laungan Merdeka.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan