REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 8 Disember 2015

Kg.Teresek Dinaiki Air


KG. TERESEK DINAIKI AIR

PASIR MAS, KELANTAN: Kampung Teresek yang letaknya di kawasan rendah dan berhampiran di antara Rantau Panjang dan Sungai Golok telah dinaiki air baru-baru ini.
 
Sebahagian laluan umum di kampung ini tidak dapat dilalui apabila air melintasi dan menenggelamkan tempat-tempat yang rendah seperti di sebuah ladang getah di kampung ini turut dinaiki air.
 
Laluan penduduk di Kampung Teresek turut dinaiki air.


 Sebuah ladang getah di Kampung Teresek juga dinaiki air.

Foto ini dirakam di Kampung Teresek, Pasir Mas, Kelantan pada 29.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Jual Ikan Darat


JUAL IKAN DARAT

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Kesungguhan adik Abdul Razif, 13, yang bersifat ringan tulang untuk membantu dan menyara selain untuk simpanan dan belanja persekolahannya patut diberikan pujian.

Beliau yang ditemui Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di laluan Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dekat sini tidak segan dengan usahanya itu walaupun ketika kami mendekati, beliau seolah-olah ingin melarikan diri kerana malu.

Kesungguhan adik Abdul Razif ini patut dicontohi kerana anak-anak lain sibuk bercuti, bergurau-senda dan gelak ketawa sambil mengetik telefon mudah alih dengan kawan-kawan, namun dia tidak seperti itu untuk membuang masa.
 


Hanya tinggal sebahagian ikan darat yang berjaya dijualnya.

Foto ini dirakam di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan pada 29.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Ahad, 6 Disember 2015

Kg. Salor Di Jeli?


KG. SALOR DI JELI?

JELI, KELANTAN: Lazimnya, Kampung Salor hanya terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi tahukah anda bahawa, Kampung Salor juga terdapat di Jeli, Kelantan.

Apa pun, Kampung Salor, Jeli adalah kawasan yang memunyai bukit, semak-samun dan hutan tebal. Apabila petang menjelang, kita akan dapat rasakan tiupan bayu yang menyegarkan. Namun, sesuatu yang penting ialah Kampung Salor, Jeli memang kaya dengan hasil hutannya yang boleh dijadikan ulam dan sebagai sumber pendapatan penduduknya iaitu "petai".
 

 
Foto ini dirakam di Kampung Salor, Jeli, Kelantan pada 25.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Lembu Berkeliaran Di Jalan Raya


LEMBU BERKELIARAN DI JALAN RAYA

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Lembu adalah haiwan yang hanya ada kepala tetapi otaknya tidak boleh berfikir kerana tidak dianugerahkan sebagaimana manusia. Sementelah pula ada mulut, tetapi tidak boleh bercakap.

Jika manusia tambat di situ, lembu akan sentiasa berada di situ, sama ada diberi atau tidak diberi makan dan minum atau berhujan, berpanas dan berembun selama manapun, lembu akan tetap di situ. Apatah lagi jika tidak ditambat dan berkeliaran bebas. Lembu tidak berkata apa-apa.

Sebab itulah, jika pemiliknya tahu menjaga lembu, dia akan sentiasa memberikan makan dan minum menurut masanya. Ini kerana, jika tidak diberi makan dan minum, kesihatan haiwan berkenaan akan terganggu, tubuh kurus dan tidak bermaya. Akibatnya kualiti daging tidak seberapa. Tetapi, manusia hanya memerlukan daging dan wang dari lembu itu, namun malas untuk menjaganya.
 
Jika manusia sebagai pemilik itu tahu dengan tanggungjawabnya menjaga lembu, tentunya selain memberikan makan dan minum, pemilik lembu itu pula akan sentiasa memberikan perhatian untuk menambatnya supaya tidak berkeliaran ke merata-rata tempat apatah lagi berkeliaran di kawasan jalan raya tempat laluan manusia. Jika pemiliknya tidak tahu tentang tanggungjawabnya terhadap lembu-lembu miliknya, otak manusia itu adalah "otak" lembu.
 
Lihatlah lembu-lembu dibiarkan bebas dan berkeliaran di jalan raya dengan tidak ditambat di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan.
 
Lembu-lembu ini berkeliaran, bebas dan baharu saja melintasi jalan raya.
 
Foto ini dirakam di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan pada 25.11.2015.
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Cubaan Curi Kenderaan


CUBAAN CURI KENDERAAN

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Cubaan mencuri dan melarikan kenderaan gagal. Kejadian yang berlaku di Jambatan Sultan Yahya Petra yang baharu di Kampung Pasir Pekan dekat sini petang tadi turut disaksikan oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit.
 



Laluan dekat Jambatan Sultan Yahya Petra.

 Orang ramai berkerumun untuk melihat kejadian itu.
 
 Foto ini dirakam pada 16.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Ahad, 15 November 2015

Sampah Jadi Model


SAMPAH JADI MODEL

TANAH MERAH, KELANTAN: Lazimnya, manusia yang menjadi model hasil ketokohan mereka. Tetapi hari ini, "sampah" pula yang menjadi model.

Di mana-mana tempat sama ada di bandar, di kampung dan di bahagian pedalaman, sampah yang diperkatakan. Disebabkan sikap manusia, sampah dibuang sewenang-wenang dan sesuka hati. Paling senang, sampah dibuang di tepi dan di bahu-bahu jalan.

Membicarakan tentang sampah, walaupun di tempat itu cantik dan menarik, namun apabila sampah dibuang di tempat itu, kawasan yang cantik dan menarik dianggap kawasan sampah. Walaupun di sesetengah tempat, dipasang papan tanda larangan membuang sampah. Namun, di kawasan papan tanda larangan itulah yang dianggap sebagai tong sampah.

Sikap manusia "dungu" dan "tidak berhemah" ini menjadikan kawasan yang menarik menjadi cacat akibat perbuatan membuang sampah. Justeru, sampai bila kita berkeadaan begini?
 


Gatalnya tangan manusia, sampah dibuang sesuka hati di bahu jalan.

Foto ini dirakam di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, Kelantan pada 14.11.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 13 November 2015

Sepinya Sebuah Masjid


SEPINYA SEBUAH MASJID

TANAH MERAH, KELANTAN: Masjid adalah tempat untuk melakukan ibadat khususnya di kalangan umat-umat Islam. Masjid juga dikatakan rumah Allah. Solat lima waktu tidak lengkap dan tidak sempurna jika tidak dilakukan di masjid. Sebab, solat yang dilakukan di masjid akan turut diaminkan oleh seluruh para malaikat. Allah S.W.T  akan memberikan pahala sehingga 27 darjah apabila dilakukan di masjid. Ini bermakna, skrip pahala sebagaimana arahan Allah S.W.T  kepada malaikat itu akan diberikan markah apabila dilakukan di masjid, sebaliknya orang yang menunaikan solat sendirian di rumah pastinya tidak akan mendapat pahala itu walaupun solatnya dilakukan dengan khusyuk. Sebabnya, bagaimana malaikat yang ditugaskan untuk mencatatkan pahala orang yang mengerjakan solat di rumah kerana skrip itu berbeza sebagaimana yang diarahkan oleh Allah S.W.T?

Berhubung dengan hal masjid ini, lazimnya sesetengah masjid menjadi kosong, sepi dan tidak berfungsi apabila penduduk yang juga sepatutnya menjadi jemaah/kariah tidak memakmurkan masjid tempat mereka menetap di situ. Segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid tidak akan berjaya dilakukan jika kurang atau tidak mendapat perhatian serta kerjasama penduduk yang tinggal berdekatan dengan sesebuah masjid itu.

Hal inilah yang berlaku di sebuah Masjid Da'rul Iman yang terletak di Kampung Cita Jaya, Batu 6, Tanah Merah, Kelantan ketika Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim singgah untuk menunaikan solat Asar pada 12.11.2015.

Setelah selesai azan Asar dikumandangkan oleh bilal, kami mengerjakan solat sunat Asar. Kami menunggu sehingga 10 minit untuk menunggu kehadiran jemaah yang tinggal berdekatan dengan masjid itu. Tetapi tiada jemaah yang datang kecuali seorang sahaja.

Melihatkan kami kehairanan dan terpinga-pinga dengan situasi itu, belumpun sempat kami mengemukakan pertanyaan bilal yang bertugas memaklum dan mengadu kepada kami bahawa beliaulah Imam, Bilal, Tok Siak dan tukang cuci masjid itu.

Menurutnya, baru-baru ini beliau ke Kuala Lumpur kerana urusan dengan anak-anaknya, masjid itu terpaksa ditutup kerana tiada jemaah/kariah yang memakmurkan masjid berkenaan, sedangkan penduduk di kawasan itu agak ramai juga. Malah ketika beliau adapun, hanya tiga jemaah dari satu keluarga yang sering datang ke masjid itu untuk menunaikan solat. Sikap jemaah dari kampung berkenaan yang memandang sepi tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masjid berkenaan tidak sewajarnya berlaku kerana sebagai umat Islam sewajarnya memakmurkan masjid itu adalah dituntut.

Dalam hal ini, diminta pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) daerah dan negeri memberikan perhatian dengan perkembangan yang tidak sihat ini.


Inilah Masjid Da'rul Iman.

Wartawan HARIAN DETIK sempat berbual dengan bilal masjid sebelum Asar berkumandang.

Salah satu tulisan dalam masjid berkenaan.

Foto ini dirakam di Masjid Da'rul Iman, Kampung Cita Jaya, Batu 6, Tanah Merah, Kelantan pada 12.11.2015.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM