REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 6 Disember 2015

Lembu Berkeliaran Di Jalan Raya


LEMBU BERKELIARAN DI JALAN RAYA

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Lembu adalah haiwan yang hanya ada kepala tetapi otaknya tidak boleh berfikir kerana tidak dianugerahkan sebagaimana manusia. Sementelah pula ada mulut, tetapi tidak boleh bercakap.

Jika manusia tambat di situ, lembu akan sentiasa berada di situ, sama ada diberi atau tidak diberi makan dan minum atau berhujan, berpanas dan berembun selama manapun, lembu akan tetap di situ. Apatah lagi jika tidak ditambat dan berkeliaran bebas. Lembu tidak berkata apa-apa.

Sebab itulah, jika pemiliknya tahu menjaga lembu, dia akan sentiasa memberikan makan dan minum menurut masanya. Ini kerana, jika tidak diberi makan dan minum, kesihatan haiwan berkenaan akan terganggu, tubuh kurus dan tidak bermaya. Akibatnya kualiti daging tidak seberapa. Tetapi, manusia hanya memerlukan daging dan wang dari lembu itu, namun malas untuk menjaganya.
 
Jika manusia sebagai pemilik itu tahu dengan tanggungjawabnya menjaga lembu, tentunya selain memberikan makan dan minum, pemilik lembu itu pula akan sentiasa memberikan perhatian untuk menambatnya supaya tidak berkeliaran ke merata-rata tempat apatah lagi berkeliaran di kawasan jalan raya tempat laluan manusia. Jika pemiliknya tidak tahu tentang tanggungjawabnya terhadap lembu-lembu miliknya, otak manusia itu adalah "otak" lembu.
 
Lihatlah lembu-lembu dibiarkan bebas dan berkeliaran di jalan raya dengan tidak ditambat di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan.
 
Lembu-lembu ini berkeliaran, bebas dan baharu saja melintasi jalan raya.
 
Foto ini dirakam di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan pada 25.11.2015.
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan