REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 9 Disember 2015

Tiada Sistem Longkang


TIADA SISTEM LONGKANG

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sistem longkang, perparitan dan pembetung perlu dibina di mana-mana taman perumahan dan premis perniagaan. Jika sistem ini gagal diwujudkan atau terbiar setelah pembinaannya tentunya akan melumpuhkan dan mendatangkan berbagai masalah di kawasan terbabit.

Di antara masalah yang bakal berlaku di kawasan perumahan yang tidak diwujudkan sistem berkenaan ialah apabila hujan lebat turun dengan berturut-turut, pastinya air melimpah dan memenuhi ruang dan melimpah di beberapa kawasan lain pula. Air ini tidak mengalir secara sempurna kerana diganggu atau tersekat akibat ketiadaan sistem yang sepatutnya.

Hal inilah yang berlaku di kawasan perumahan di Kampung Kubang Palas dekat sini akibat ketiadaan longkang, perparitan dan saluran air buang  yang sepatutnya diwujudkan. Setiap kali hujan turun, pastinya kawasan terbabit dilimpahi air hujan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memainkan peranan utama supaya masalah air bertakung disebabkan ketiadaan longkang, saluran pembetung itu dapat diwujudkan.





Sistem longkang, perparitan dan pembetung perlu dalam mana-mana taman perumahan dan premis perniagaan.

Foto ini dirakam di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan pada 29.11.2015.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan