REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 9 Oktober 2014

Sampah Di Bahu Jalan


SAMPAH DI BAHU JALAN

WAKAF BAHARU, KELANTANMelonggok sampah di merata-rata tempat adalah salah satu sikap yang tidak elok apatah lagi jika sampah terbabit dilonggok dan dibuang sesuka hati di bahu jalan. Apabila dikatakan sampah, tentunya akan berbau busuk. Paling dibimbangkan, sampah yang merupakan sisa buangan dari rumah, menjadikan kegemaran tikus sebagai tempat haiwan berkenaan memperolehi bekalan makanan.

Menurut beberapa penduduk kampung terbabit mendakwa, pembuangan sampah di kawasan disebabkan ketiadaan tong sampah. Bahkan, jika penduduk kampung ingin membuang sampah, hanya sebuah tong sampah yang disediakan di kawasan itu, itupun tong sampah terbabit diletakkan di luar dari kawasan itu. Keadaan ini tentunya menyusahkan penduduk untuk melonggokkan sampah. Jadi, mahu tidak mahu kawasan bahu jalan terbabit yang menjadi mangsa longgokan sampah itu.

Dalam hubungan ini, diminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) umpamanya Majlis Daerah Tumpat (MDT) menyediakan tong sampah yang mencukupi supaya sampah yang ingin dibuang terus dibuang ke dalam tong sampah berkenaan.



Sampah terpaksa dilonggokkan di kawasan bahu jalan disebabkan ketiadaan tong sampah.

Foto ini dirakam di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu, Kelantan pada 27.9.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan