REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 11 Mac 2013

Jalan Raya Berlubang


JALAN RAYA BERLUBANG

KOTA BHARU, KELANTAN:  MASIH banyak tempat dan laluan di pusat bandar Kota Bharu yang didapati jalan rayanya tidak bermutu, tidak rata malah berlubang pula. Persoalan jalan raya berlubang sebenarnya mengundang risiko bukan sahaja kepada kenderaan empat roda, malahan paling mendapat malang lagi ialah terhadap penunggang motosikal.

Walaupun kebanyakan laluan di Kota Bharu telah didapati diturap sepenuhnya, namun masih ada lagi tempat, jalan raya terbabit didapati berlubang yang memerlukan pembaikan dalam usaha memberikan keselesaan kepada pemandu-pemandu kenderaan. Salah satu laluan yang dimaksudkan ialah di Lorong Merican di antara laluan dari Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Pusat Membeli-belah Billion ke Jalan Telipot.

Terdapat tiga buah lubang yang ternganga lebar yang dikenalpasti di kawasan lorong berkenaan yang memerlukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaik pulihnya secepat mungkin atau menurapnya semula sebelum ada mangsa yang terbabas kerananya.




Dua lubang dari tiga lubang yang dikenal pasti terdapat di laluan berkenaan.

Foto ini dirakam di laluan Lorong Merican, Kota Bharu, Kelantan pada 11.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan