REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 13 Mac 2013

Pagar Rosak


PAGAR ROSAK

KOTA BHARU, KELANTAN:  BARU-BARU ini pihak Kementerian Pelancongan telah meminta Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan landskap yang menarik terutamanya di pusat-pusat bandar di kawasan "Jalan Protokol", salah satunya ialah "lorong pejalan kaki".

Walaupun lorong pejalan kaki di pusat bandar Kota Bharu telahpun siap sejak tiga bulan yang lalu, namun beberapa bahagian landskap tersebut didapati telah rosak. Selain lorong pejalan kaki itu sendiri yang tidak elok mata memandangnya kerana berlekuk di sana-sini, tetapi perkembangan terbaru ini didapati palang pagarnya yang terletak di Jalan Doktor dekat sini didapati telah rosak dan turun dari tempatnya.

Kurang pasti, apakah kontraktor yang menguruskannya itu menggunakan bahan-bahan yang bermutu rendah atau cara buatannya yang ketinggalan zaman dan sekadar mencari untung mungkin sebagai penyebabnya palang pagar tersebut turun dari tempatnya. Pihak berkuasa tempatan umpamanya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) perlu mengambil tindakan segera supaya pandangan dan pemandangan landskap berkenaan tidak terus dicacatkan oleh sikap lepas tangan dan kurang prihatin dengan hal yang sedemikian.


Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 13.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan