REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 21 Mac 2013

Sampah Terbiar


SAMPAH TERBIAR

KOTA BHARU, KELANTAN: IMEJ bandar Kota Bharu, Kelantan semakin hari tercalar berikutan sikap masyarakatnya iaitu membiarkan sampah menjadi terbiar. Kalau sebelum ini masyarakat Kelantan yang berintegriti Islam "Membangun Bersama Islam", diberikan jolokan "masyarakat Kelantan pengotor" untuk menunjukkan slogan berkenaan sekadar slogan semata-mata jika dilihat tabiat penduduk terbabit, hakikatnya slogan berkenaan tidak membangunkan jiwa dan minda masyarakatnya berhubung dengan kebersihan.

Lihat saja, sampah dibuang ke luar tong, namun ada yang campak dengan sewenang-wenangnya dan sesuka hati. Ada yang membawa sampah lalu diletakkan di atas "bonet" kenderaan untuk menunjukkan begitu sayang kepada kenderaan baru, natijahnya sampah yang dibawa cara berkenaan tidak sampai ke tempat tong sampah apabila tercicir di tengah-tengah jalan.

Namun, hal yang sering terjadi juga apabila sampah yang merupakan sisa buangan berbau busuk yang tercicir dibiarkan di situ. Sampah berkenaan bukanlah di kawasan kampung sebaliknya di pusat bandar Kota Bharu sendiri. Hal berkenaan tidak sepatutnya berlaku kalaulah masyarakatnya berbudi luhur dan sayang kepada alam sekitar apatah lagi menjaga imej "Membangun Bersama Islam" yang menjadi slogan parti yang mentadbir Kelantan sekarang?


Sampah yang dibiarkan tergolek di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor berhampiran Pejabat Kesihatan Kota Bharu dekat sini pada 21.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan