REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 5 Mac 2013

Semburan Asap: Elak Jangkitan Ulat


SEMBURAN ASAP: ELAK JANGKITAN ULAT

KOTA BHARU, KELANTAN:  LAZIMNYA, semburan asap adalah untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Tetapi semburan asap yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Bahagian Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot dekat sini adalah untuk mencegah jangkitan ulat.

Ini berikutan aduan daripada salah seorang penghuni perumahan berkenaan yang mendapati beliau dan keluarganya mengalami gatal-gatal kulit sejak beberapa minggu yang lalu. Ekoran itu, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel bunga dari pokok di kawasan terbabit. Daripada analisis didapati bunga pokok berkenaan mengandungi ulat dan apabila kering dengan mudah diterbangkan angin.

Masalah jangkitan ulat ini sebenarnya bukan sahaja dialami oleh keluarga berkenaan tetapi dialami oleh sembilan blok perumahan di kawasan terbabit.

Menurut seorang jurucakap pihak berkenaan, pihaknya memberikan tempoh seminggu setelah semburan asap berkenaan. Jika masalah gatal-gatal kulit masih dialami juga, tindakan menebang pokok berkenaan adalah sebagai suatu langkah selamat untuk mengelak dari jangkitan berkenaan.







Pokok ulat terletak di hadapan rumah terbabit.

Pokok ulat terletak di bahagian sisi rumah terbabit. Bunganya telah gugur.

Bunga pokok ulat kelihatan berwarna kuning, di dalamnya dihuni ulat.


Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 5.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan