REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 3 Mac 2013

Premis: Cat Merekah


PREMIS: CAT MEREKAH

KOTA BHARU, KELANTAN:  BANYAK bangunan atau premis uzur boleh dilihat di pusat bandar Kota Bharu, salah satunya ialah Kompleks Lembaga Tabung Haji milik Lembaga Tabung Haji yang terletak di Jalan Maju dekat sini didapati telah merekah. Cat yang uzur ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan jika dibiarkan berterbangan di udara kerana akan menyebabkan sistem dan ruang udara menjadi tercemar.

Bukan itu sahaja, cat yang merekah ini juga menyebabkan pemandangan menjadi cacat, bahananya akan dapat dilihat dengan jelas rekahan cat itu jatuh ke bahagian bawah. Sebahagian lorong pejalan kaki yang ditimpa rekahan cat tersebut telah mencemari lorong berkenaan yang baru disiapkan pembinaannya beberapa bulan yang lalu.

Sepatutnya, pihak pemilik premis berkenaan cakna dan mengambil perhatian tentangnya. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta memberikan perhatian tentangnya.


Cat merekah, premis Kompleks Lembaga Tabung Haji.

Cat yang merekah itu jatuh ke bawah dan sebahagiannya diterbangkan angin ke kawasan sekitarnya.

Foto ini dirakam di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan pada 3.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan