REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 16 Mac 2013

Jelajah Piket Kebangsaan Nube


JELAJAH PIKET KEBANGSAAN NUBE

KOTA BHARU, KELANTAN:  KESATUAN Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah mengadakan jelajah piket kebangsaan NUBE yang bermula di MBC Kuala Lumpur dan telah menjelajah ke Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Melaka, Perak dan kini di Kelantan dan Terengganu bertempat di laman CIMB Bank Berhad, Cawangan Square Point, Jalan Kebun Sultan dekat sini pada 16.3.2013.

Piket besar-besaran ini adalah untuk mendapat Perjanjian Bersama (C.A) selain menuntut kenaikan gaji yang dianggap oleh pihak NUBE, hak dan maruah pekerja bank selama ini telah tercalar dan dihina oleh pihak majikan.

Selepas itu ahli berpeluang untuk bersama Setiausaha Agong NUBE, Bro. J. Solomon dan program kemudiannya di sambung di CIMB Bank Berhad cawangan Pasir Mas pula.

Turut hadir dalam jelajah piket kebangsaan NUBE terdiri daripada Setiausaha Agong NUBE, J. Solomon, Naib Presiden NUBE, Setiausaha Kehormat NUBE Cawangan Kelantan merangkap Naib Presiden NUBE, Oui Ban Hong dan seluruh ahli jawatankuasa NUBE Cawangan Kelantan sendiri.

 







Foto ini dirakam di laman CIMB Bank Berhad, Cawangan Kota Bharu, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan pada 16.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan