REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 22 Julai 2014

Nasib Orang Kelainan Upaya (OKU)


NASIB ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Permohonan bantuan keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) sepatutnya diambil tindakan segera. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat wajar prihatin dalam hal ini.

Menurut bapa OKU, Mohd. Yasin bin Awang ketika ditemui Wartawan HARIAN DETIK di kediamannya di Kampung Bukit Tandak dekat sini berkata, mereka telah menemui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas dekat sini sebanyak tiga kali. Pihak berkenaan berjanji akan mengambil tindakan segera, namun sehingga hari ini, pihak berkenaan membisu seribu bahasa dan segala janji itu tidak ditunaikan.

Walaupun anaknya, Nurul Ain Atikah binti Mohd. Yasin yang merupakan seorang OKU telah mempunyai kad OKU yang mengalami "masalah pembelajaran", namun permohonan berkenaan seolah-olah dianaktirikan. Pihak Wakil Rakyat di kawasan terbabit sekadar meminta beliau merujuk kepada pihak JKM yang sewajarnya diberikan perhatian oleh wakil rakyat berkenaan.

Beliau berharap supaya pihak terbabit tidak mendiamkan diri serta berusaha menyelesaikan masalah permohonannya yang tidak diberikan perhatian itu.
 
Mohd. Yasin bin Awang.

Mohd. Yasin ketika ditemubual Wartawan HARIAN DETIK di kediamannya.

Nurul Ain Atikah binti Mohd. Yasin.

 Kad OKU Nurul Ain Atikah Mohd. Yasin

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan