REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 15 Julai 2014

Semburan Asap: Cegah Denggi


SEMBURAN ASAP: CEGAH DENGGI

KOTA BHARU, KELANTAN: Pihak Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Kota Bharu semakin kerap melakukan semburan asap dalam usaha mencegah wabak denggi yang disebabkan "nyamuk aedes".

Petang 14.7.2014 lalu, beberapa kawasan di Kampung Paya Senang, Jalan Tengku Mohd. Ma'asum, Belakang S.I.C dan Kampung Bawah Lembah dekat sini adalah kawasan sasaran semburan asap tersebut. Walau bagaimanapun, kerjasama orang ramai di kalangan penduduk setempat amat diperlukan, malahan Notis Pemberitahuan Semburan sudah diedarkan kepada pemilik kediaman tentang aktiviti berkenaan.
 
Namun, terdapat juga di kalangan orang ramai yang agak liat dan tidak mempedulikan aktiviti yang akan dijalankan itu, sedangkan pihak berkenaan beria-ia ingin mencegah permasalahan nyamuk itu yang berpunca dari tabiat dan sikap manusia sendiri.
 




Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 14.7.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan