REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 21 Julai 2014

Papan Tanda Cacat


PAPAN TANDA CACAT

PASIR MAS, KELANTAN: Papan tanda di Kampung Mundok (negeri Kelantan yang bersempadan dengan Tak Bai, Thailand) adalah papan tanda yang agak lama usianya dipasang di situ. Banyak huruf yang telah tertanggal dek dimamah masa, ditimpa panas dan hujan silih berganti. Papan tanda itu perlu diganti baru.

Pihak terlibat seperti Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) serta Jabatan Imigresen perlu cakna. Disebabkan papan tandanya yang telah cacat kerana huruf dan perkataannya telah tertanggal itu, orang ramai tidak segan-segan menyeberang pengkalan berkenaan yang diwartakan sebagai Pengkalan Haram.


Foto ini dirakam di Mundok, Pasir Mas, Kelantan (negeri bersempadan dengan Tak Bai, Thailand) pada 19.7.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan