REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 13 Julai 2014

Sampah Oh! Sampah


SAMPAH OH! SAMPAH

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Masih ramai yang tidak beretika dengan mencampakkan sampah di luar tong. Walaupun terdapat papan tanda arahan untuk tidak melakukannya, namun sikap golongan yang gatal tangan tidak mempedulikan arahan itu, apatah lagi papan tandanya juga terlindung dan telah uzur dimakan sampah.

Mungkin ada pihak yang ambil jalan mudah dengan mencampakkannya ketika sedang menunggang motosikal atau dari kenderaan empat roda. Sampah yang dicampak tidak masuk ke dalam tong, sebaliknya tergolek ke luar tong.

Sikap tidak cakna dan tidak prihatin terhadap kebersihan ini mencerminkan sikap sebenar kita orang Melayu yang beragama Islam. Kalau lori yang memungut sampah lambat memungutnya, akhirnya bertaburan di laluan umum.
 
 
 

Foto ini dirakam di Lorong Alabaladi, Wakaf Baharu, Kelantan pada 12.7.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan