REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 25 Julai 2014

Rezeki Air Nira


REZEKI AIR NIRA

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Dewasa ini, amat jarang kanak-kanak yang berani berhadapan dengan orang ramai dalam konteks mencari wang saku sendiri sebagai bekalan perbelanjaan dan simpanan sendiri. Ini kerana, lazimnya kanak-kanak dalam usia 10 tahun, pastinya mereka akan berasa segan dan malu untuk berbuat demikian dan akhirnya mereka sanggup membuang masa tanpa melakukan apa-apa kerja apatah lagi untuk membantu keluarga.


Namun, melihatkan seorang kanak-kanak berkenaan yang sanggup berniaga air nira kelapa secara kecil-kecilan di tepi laluan umum menandakan dia tidak hairan dengan masalah tersebut asalkan dapat berusaha dan dapat mengumpul wang saku sendiri, dapat pula membantu keluarga yang amat memerlukan sumber kewangan yang mendesak dan dalam masa yang sama dapatlah beliau berbelanja untuk keperluan persekolahannya nanti tanpa membebankan kedua orang tuanya.

Usahanya itu yang terpaksa berpanas terik sepatutnya dipuji kerana beliau sepatutnya tidak dibebankan sebagaimana yang dialaminya itu. Namun, atas sifat keprihatinannya terhadap ibu dan bapanya, beliau sanggup berbuat demikian asalkan kedua orang tuanya dapat menumpukan kepada kerja-kerja yang lain.







Lihatlah seronoknya adik ini dapat menjalankan bisnes kecil-kecilan "air nira" seorang diri.

Foto ini dirakam di laluan umum Lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas, Kelantan pada 19.7.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan