REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Isnin, 7 Julai 2014

Rumput Oh! Rumput


RUMPUT OH! RUMPUT

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Kita tidak boleh salahkan rumput yang panjang sehingga menyebabkan kawasan laluan yang cantik menjadi sebaliknya. Rumput akan tumbuh subur apabila cukup keperluan untuknya hidup seperti air, baja dan tanah yang sesuai.

Tetapi kita perlu persalahkan kepada pihak-pihak terbabit sehinggakan dulunya kawasan bandar Wakaf Baharu ini amat cantik, tetapi dek kerana sikap pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang tidak cakna, akhirnya dari rumput yang pendek menjadi panjang kerana tidak mengambil inisiatif untuk memotongnya.

Malahan di sebalik rumpunan rumput itu pula longkang yang mungkin juga telah ditumbuhi rumput di dindingnya akibat tidak memberikan perhatian terhadapnya.


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan