REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 15 Julai 2014

Pokok Khurma Terabai


POKOK KHURMA TERABAI

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) tidak sepatutnya mengabaikan penjagaan pokok khurma yang ditanam sebagai pokok hiasan dan untuk mencantikkan pandangan dan pemandangan di kawasan Bulatan Pasir Pekan. Ini kerana, banyak pokok khurma yang ditanam di kawasan itu telah dijangkiti "pokok tumpang". Bahaya pokok tumpang ini menyebabkan pokok khurma itu akan semakin kekurangan bekalan air dan makanan. Jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok tersebut semakin kurus, mengecil dan mati.

Diminta pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) memberikan perhatian segera sebelum pokok khurma itu gugur yang tentunya mencacatkan pandangan dan pemandangan.
 



Foto ini dirakam di kawasan Bulatan Pasir Pekan, Wakaf Baharu, Kelantan pada 15.7.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan